Bayi di buang saban hari di tepi jalan , longkang malahan tempat buang najis pun menjadi lokasi pembuangan bayi yang saban hari merunsingkan ramai pihak.. perlakuan terkutuk ini dilakukan tanpa rasa malu malahan tidak takut dengan hukum tuhan..
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi.. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini.. Saban hari , terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas , di tepi longkang , dan lain-lain tempat malah dicampakkan dari aras yang tinggi tanpa ada perasaan berperikemanusiaan..
Salah satu punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah.. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru.. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat..
Hari ni sahaja gua baca dan mendengar berita mengenai pembuangan bayi secara kejam oleh golongan yang tidak berperikemanusian ini.. Kejam giler!!!!bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa mereka..
Pagi tadi 3 Oktober 2011 Kosmo melaporkan , di Kota Bahru , seorang warga emas terkejut apabila menjumpai mayat bayi yang dibungkus dalam plastik terapung-apung dalam perigi..
Seorang penoreh getah , Tuan Mat Tuan Lonik , 64 , berkata , kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang , Limbat dekat sini untuk menoreh..
Yang terbaru TV3 melaporkan seorang ibu dengan kejamnya mencampakkan anak yang baru dilahirkan dari tingkat dua sebuah pangsapuri..
Ibu kejam dan tak berhati perut.. Ungkapan itu memang sesuai di berikan.. Dia sanggup mencampakkan anak yang baru dilahirkan dari tingkat dua sebuah pangsapuri.. Kejadian itu disedari penduduk setelah melihat wanita itu mundar-mandir di bawah pangsapuri ini jam 7:45 pagi.. Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui di dalam longkang oleh penduduk yang mahu keluar bekerja..
Penduduk turut menemui kesan darah pada kain cadar dan selimut dipercayai digunakan ketika melahirkan bayi itu.. Wanita berusia 19 tahun itu dikenali Nor Atika Kamarulzaman , pekerja sebuah restoran.. Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut..
Siasatan akan dijalankan sama ada wanita itu membuang anaknya ketika masih hidup atau sudah mati selepas dilahirkan.. Kes disiasat dibwah Seksyen 318 Kanun Keseksaan..

«
«
«
«
[!] IMPORTANT [!]

Edited : YOUR NAME
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google